Arkib untuk December, 2013

Mencari Aishah IV: KL-London

Jam 10.30 aku wajib sampai ke KLIA. Cikgu Kamar dan Dean Nelson pergi ke lapangan terbang lebih awal dengan teksi. Aku naik kereta api dari KL Sentral. Sesampainya di KLIA, kelihatan satu kumpulan wartawan telah sedia menunggu. Yang aku kenali hanya tim dari The Malaysian Insider yang telah mengambil berita dari blog Tukar Tiub untuk […]

December 30, 2013 1:54 pm - peter pang

PM: Elaun menteri, timbalan dipotong 10 peratus

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Jan. Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur […]

1:52 pm - peter pang

Saifuddin: Guling kerajaan tindakan demokrasi

Tekanan ke atas perhimpunan bagi membantah kenaikan kos sara hidup pada malam esok mendapat perhatian bekas anggota kabinet Datuk Saifuddin Abdullah yang membangkitkan mengenai tuduhan bahawa acara tersebut merupakan usaha untuk menggulingkan kerajaan. Saifuddin tidak menjelaskan konteks kenyataan tersebut, namun ia dipercayai merujuk kepada kenyataan polis dan pemimpin kerajaan yang konsisten menggelarkan perhimpunan tersebut sebagai […]

1:52 pm - peter pang

KDN: Gantung permit The Heat hanya sementara

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan untuk membuat keputusan berhubung tindakan penggantungan permit akhbar mingguan The Heat dalam masa terdekat, selepas meneliti surat tunjuk sebab oleh penerbitan tersebut. Satu kenyataan dari KDN hari ini juga menjelaskan bahawa tindakan penggantungan permit untuk tempoh yang tidak dijelaskan itu juga hanya “untuk sementara”. “Pada masa ini, Kementerian Dalam […]

1:51 pm - peter pang

NGO: Mkini seperti promosi himpunan TURUN

Sekumpulan NGO pro-kerajaaan meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas termasuk menutup portal Malaysiakini kerana didakwa memberi publisiti kepada satu perhimpunan untuk membantah kenaikan kos sara hidup malam esok. Jurucakapnya, presiden Persatuan Veteran Tentera MelayuWakil NGO tersebut, Muhammad Ali Baharom berkata Malaysiakini seolah-olah mempromosi himpunan yang didakwanya bertujuan menggulingkan kerajaan itu. Beliau memberi contoh […]

1:51 pm - peter pang

Bekas IGP yakin polis mampu kawal himpunan TURUN

Bekas ketua polis negara Tan Sri Norian Mai yakin bahawa perhimpunan yang dirancang untuk membantah kenaikan kos sara hidup di Dataran Merdeka esok tidak akan menjadi demonstrasi ganas untuk menggulingkan kerajaan. Menurutnya, beliau yakin dengan kemampuan pihak polis untuk mencegah sebarang cubaan mengganggu sambutan tahun baru 2014 di lokasi tersebut. Beliau juga yakin bahawa rakyat […]

1:51 pm - peter pang

Rafizi: Akta GST tak wajibkan peniaga turun harga

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata kerajaan BN sehingga kini masih enggan mengakui kesan serius kenaikan harga barang selepas perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 2015. Menurutnya, kesan tersebut bertentangan dengan propaganda BN bahawa mengatakan GST akan menyebabkan harga barang turun kerana cadangan akta bagi cukai tersebut tidak menghalang kenaikan harga oleh peniaga. “Apabila […]

1:51 pm - peter pang

PKR: Bagaimana anak Rosmah beli kondo RM110j?

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz perlu menjelaskan kemampuannya sehingga didakwa berupaya membeli hartanah bernilai RM110 juta di New York. Rafizi berkata, Riza Shahriz, 36 tahun itu perlu mendedahkan bagaimana penerbit filem itu mendapatkan wang untuk membeli hartanah mewah tersebut dan identiti rakan niaganya. Katanya, […]

1:51 pm - peter pang

Emel palsu: Rafizi minta polis siasat ‘blog Umno’

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini membuat laporan polis terhadap empat blog Umno yangh didakwa menyebarkan emel palsu yang bertujuan mencetus huru-hara. Rafizi berkata beliau membuat laporan terhadap blog yang menggunakan alamat theunspinners.blogspot.com, theflyingkick.blogspot.com, bidaman.blogspot. com serta badutrakyat.blogspot.com. Beliau mendakwa blog berkenaan bertanggungjawab menyebarkan satu emel palsu sejak 27 Disember lalu, yang menyebabkan beliau […]

1:51 pm - peter pang

SPRM mahu kuasa siasat harta melebihi kemampuan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap fungsi badan itu akan diperluas dengan kuasa untuk menyiasat kes pemilikan harta yang melampaui kemampuan seseorang individu. Satu kenyataan badan itu semalam menyebut, langkah itu boleh dlakukan dengan melakukan pindaan ke atas Seksyen 36 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Kenyataan itu timbul susulan tuntutan oleh MP Batu Tian […]

1:51 pm - peter pang

VideoKini
Videokini
Terkini Archives
© 2013 PORTALKINI.NET