Arkib untuk August, 2014

Tangkapan berterusan, giliran exco PP pula

Polis kini menahan Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang Phee Boon Poh, yang juga exco kerajaan negeri. Phee ditahan ketika hadir ke ibu pejabat polis Timur Laut di Pulau Mutiara itu untuk memberi keterangannya kepada pihak polis kira-kira jam 4.30 petang tadi. Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu itu ditemani Ketua Menteri Lim […]

August 31, 2014 12:26 pm - peter pang

Jumpa di mahkamah, kata KM pada IGP

Kerajaan Pulau Pinang bersedia ke mahkamah bagi membuktikan keabsahan pasukan Peronda Sukarela (PPS) negeri apabila 152 anggotanya ditahan polis selepas perarakan hari merdeka pagi ini. Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat polis Timur Laut di Jalan Pantai hari ini, ketua menterinya Lim Guan Eng berkata, mereka yakin PPS sebuah badan sah. Katanya, PPS dibentuk pada […]

12:26 pm - peter pang

Polis samakan PPS dengan samseng

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menyamakan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang dengan samseng apabila pasukan itu masih meneruskan aktiviti mereka walaupun diisytihar haram oleh pihak berkuasa. Khalid berkata demikian selepas pihak polis menahan seramai 154 anggota PPS selepas mereka menghadiri perarakan hari merdeka di Esplanade, Pulau Pinang pagi ini. […]

12:26 pm - peter pang

Rumah Guan Eng dibaling ‘molotov cocktail’

Kediaman Ketua Menteri Lim Guan Eng dibaling bom botol ‘molotov cocktail’ di Jalan Pinhorn di George Town pada kejadian kira-kira pukul 11.48 malam ini. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kejadian membaling ‘molotov cocktail’ ke kawasan parkir rumah Ketua Menteri itu dipercayai dilakukan oleh penunggang motosikal. Beliau berkata pemeriksaan forensik mendapati botol […]

12:26 pm - peter pang

Kenapa laporan RCI Sabah tak didedah?

Rakyat Sabah hari ini menyambut Hari Merdeka dengan masih tidak mengetahui kandungan laporan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang haram di negeri itu, kata DAP. Setiausaha DAP Sabah Dr Edwin Bosi (kiri) berkata, walaupun siasatan tentang operasi yang dikatakan memberi kerakyatan kepada pendatang haram untuk dijadikan pengundi itu, dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong pada Mei, […]

12:26 pm - peter pang

‘Suntik MAS ibarat timbus perigi tiada dasar’

Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin mengkritik suntikan RM6 bilion Khazanah Nasional terhadap Malaysia Airlines (MAS) kerana ia ibarat “menimbus perigi tanpa dasar”. Beliau membangkitkan berhubung persoalan kos menyelamatkan syarikat yang “secara teorinya sudah muflis” sedangkan memberhentikan pekerjanya saja memerlukan pampasan RM1.9 bilion. “Apa halnya dengan kos-kos lain,” kata bekas ketua pengarang Kumpulan NSTP itu […]

12:26 pm - peter pang

NGO hak wanita kritik seksis isu MB

Sekumpulan NGO hak asasi wanita hari ini berkata, ahli politik wanita dilihat sukar untuk menjadi pemimpin walaupun negara ini telah merdeka lebih daripada setengah abad. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) berkata, perkara itu jelas ketara terutamanya apabila Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail masih belum diangkat sebagai menteri besar Selangor walaupun telah mendapat […]

12:26 pm - peter pang

MTUC tawar diri kerjasama majikan-k’jaan

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menawarkan diri untuk bekerjasama dengan majikan dan Jabatan Tenaga Kerja untuk menyelesaikan aduan yang dibangkitkan pekerja asing. Presiden MTUC Khalid Atan (bawah) memberitahu Bernama langkah ini akan turut membantu mengekalkan keharmonian perindustrian di negara ini. Beliau mengulas dakwaan rusuhan oleh 800 pekerja Nepal di kilang JYC HDD Technology […]

12:26 pm - peter pang

Rusuhan di Stadium Sarawak, 5 ditahan

Lima lelaki termasuk empat remaja ditahan kerana disyaki terlibat bertindak agresif merusuh di Stadium Negeri di Petra Jaya di Kuching sehingga mencederakan lima anggota polis dan merosakkan tujuh kenderaan rasmi mereka malam tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching (Operasi), Supt Fauzilan Abdul Aziz mengesahkan penangkapan itu hari ini yang membabitkan empat remaja berumur di antara […]

12:26 pm - peter pang

Pemain bola Piala Presiden JDT maut kemalangan

Seorang pemain bola sepak skuad Piala Presiden Johor Darul Ta’zim (JDT) meninggal dunia manakala rakannya cedera apabila motosikal yang ditunggangi mereka berlanggar dengan sebuah kereta di KM43.5 Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Desaru, Kota Tinggi, di Johor Baharu tengah malam tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Shahrul Anwar Md Idris berkata kejadian berlaku kira-kira […]

12:26 pm - peter pang

VideoKini
Videokini
Terkini Archives
© 2013 PORTALKINI.NET