Arkib untuk March, 2015

Kabinet tak bincang hudud, kata Nazri

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mendedahkan bahawa jemaah menteri tidak membincangkan mengenai rang undang-undang hudud. Ditanya mengenai pendirian Datuk Seri Najib Razak berhubung isu berkenaan, Nazri berkata perkara itu sepatutnya dijawab sendiri oleh perdana menteri. Najib sehingga ini masih belum menyatakan pendirian rasmi BN berhubung rang undang-undang tersebut. Para pemimpin BN […]

March 31, 2015 11:23 am - peter pang

Nazri: Laporan bohong, wajar tangkap wartawan

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz hari ini mempertahankan penangkapan empat pengarang kanan The Malaysian Insider (TMI) dan penerbit The Edge Group. Katanya, tangkapan terhadap portal berita itu wajar wajar kerana laporannya yang didakwa “bohong”. “Saya rasa tidak salah mereka ditangkap untuk disoal siasat kerana wartawan tidak terkecuali daripada undang-udang. “Saya percaya […]

11:23 am - peter pang

‘Selenggara jet baru PM 15 tahun RM690 juta’

PKR mendakwa kos penyenggaraan, operasi dan pengurusan (OMM) jet baru perdana menteri ACJ320 akan menelan belanja RM690 juta untuk tempoh 15 tahun. Naib Presidennya Rafizi Ramli mendakwa kiraan itu berdasarkan penetapan kontrak RM46 juta setahun untuk urusan itu. “Jika ditambah dengan kos OMM bagi jet sedia ada ACJ319 bagi tempoh tujuh tahun akan datang, jumlah […]

11:23 am - peter pang

Jurang pendapatan M’sia lebih rendah dari S’pura

Tahap perbezaan jurang pendapatan di Malaysia lebih rendah berbanding negara Asia lain seperti Jepun, Cina dan Singapura, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Othman Abdul (Umno-Pendang) di Parlimen hari ini. Razali (kanan) sekali gus menolak dakwaan bahawa pengagihan kekayaan di negara ini masih lemah. Katanya […]

11:23 am - peter pang

Nik Nazmi fail saman terhadap peguam negara

Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini memfailkan saman terhadap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan kerajaan berhubung dakwaan salah laku kerana mendakwanya buat kali kedua mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012. Nik Nazmi, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Selangor memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi […]

11:22 am - peter pang

‘Siasatan polis bukan sekadar berita hudud’

Ketua pegawai eksekutif The Malaysian Insider (TMI) Jahabar Sadiq, yang kini ditahan di lokap, membayangkan siasatan polis terhadapnya dan empat lagi editor ada niat lain. “Tangkapan-tangkapan ini nampaknya melebihi laporan kami tentang satu berita hudud,” katanya seperti dilaporkan portal itu sebelum beliau ditangkap pagi ini. Jahabar bersama Ho Kay Tat, penerbit syarikat pemiliknya The Edge […]

11:21 am - peter pang

‘Husni mesti betulkan jawapan silap isu 1MDB’

Pemimpin pembangkang menggesa Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah memperbetulkan kenyataan berhubung kemungkinan penjualan aset tenaga 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Edra Global Energy Berhad. Husni di tahun lepas memberitahu Dewan Rakyat bahawa CIMB Group dilantik oleh 1MDB untuk membuat penilaian pihak ketiga berhubung asetnya untuk tawaran awam awal (IPO). Bagaimanapun, CIMB pada hari […]

11:12 am - peter pang

Nur Jazlan: Tahan editor TMI ‘satu kesilapan’

Empat editor The Malaysian Insider (TMI) dan penerbit The Edge tidak sepatutnya dithan bawah Akta Hasutan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed. Ahli parlimen Umno itu, yang juga penulis kolum TMI, berkata beliau percaya bahawa laporan portal itu kes salah lapor dengan tiada niat menghasut. “Mereka tidak sepatutnya ditahan bawah […]

11:12 am - peter pang

Keputusan PKR Sabah bukan rasmi, kata Azmin

Walaupun PKR Sabah memutuskan hubungan dengan PAS negeri itu dalam keputusan mengejut semalam, namun ia bukan keputusan rasmi parti, jelas timbalan presiden PKR. Mohamed Azmin Ali berkata tindakan PKR Sabah, bersama DAP negeri, hanyalah pandangan pemimpin parti di peringkat negeri. “Kita kena dengar apa perbincangan di peringkat negeri dan akan bawa dalam mesyuarat biro politik […]

11:12 am - peter pang

Polis gagal reman, tiga editor bakal bebas

Polis gagal memperolehi perintah reman untuk menahan tiga editor The Malaysian Insider (TMI) selepas menahan mereka semalam. Peguam Syahredzan Johan berkata editor urusan Lionel Morais, editor rencana Zulkifli Sulong dan editor berita Amin Shah Iskandar akan dibebaskan jam 7 petang ini. Dalam akaun Twitternya, pengamal undang-undang itu menulis permohonan reman untuk Morais, Zulkifli dan Amin […]

11:12 am - peter pang

VideoKini
Videokini
Terkini Archives
© 2013 PORTALKINI.NET