Arkib untuk June, 2015

Jamil: Jangan jadi pemfitnah ‘hujung jari’

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengingatkan umat Islam yang menggunakan laman sosial agar tidak menjadi ‘keyboard warrior’ untuk menyebarkan fitnah termasuk berkaitan firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Beliau berkata sebelum ada internet, masyarakat menggunakan ‘hujung lidah’ untuk menyebarkan berita dan juga fitnah, bagaimanapun sekarang semuanya dilakukan dengan ‘hujung jari’. […]

June 29, 2015 7:30 am - peter pang

Shabery: Pua patut undur dari PAC

Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tony Pua sepatutnya menarik diri daripada menganggotai jawatankuasa itu kerana sikap berat sebelahnya terhadap siasatan isu kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata kerajaan kini dalam proses mencari kebenaran untuk menyelesaikan masalah 1MDB tetapi ahli politik DAP itu sering […]

7:30 am - peter pang

Jangan terpedaya beli batu geliga ‘sakti’

Orang ramai khususnya warga emas di Johor dinasihati agar tidak terpedaya dengan taktik pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan melalui aktiviti menjual batu geliga yang didakwa ‘sakti’ dan bernilai tinggi. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata batu geliga yang didakwa mengeluarkan cahaya berkenaan hanyalah batu geliga palsu yang direka supaya dapat mengeluarkan […]

7:30 am - peter pang

Progresif PAS hadapi kesukaran pada PRU14

Kumpulan progresif yang disingkirkan dalam kepimpinan PAS sewaktu pemilihan lalu mungkin berdepan tempoh yang sukar pada pilihan raya umum akan datang jika mereka memutuskan untuk menubuhkan parti. Bercakap kepada Malaysiakini, penganalisis politik Wan Saiful Wan jan berkata ini kerana kumpulan konservatif lebih banyak menguasai sokongan akar umbi berbanding parti baru itu. “Saya rasa ia akan […]

7:30 am - peter pang

PKR tekan bos MARA isu skandal hartanah

Tidak bertindak ke atas pembelian empat hartanah di Melbourne, Australia oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa, sekali lagi dipersoalkan, kali ini oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli. Annuar sepatutnya melancarkan siasatan segera selepas lawatan rasmi beliau ke Melbourne pada 20 Mei tahun lalu, bukan hanya dua bulan lalu, kata Rafizi yang […]

7:25 am - peter pang

Bekas CJ risau hakim ‘liberal’ ancam nilai Islam

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad menyuarakan kekhuatiran bahawa segelintir hakim yang terpengaruh dengan tafsiran hak asasi manusia ala barat boleh mengancam nilai Islam di negara ini. Katanya, ia berlaku ekoran tindakan mereka yang memberi “tafsiran yang sangat liberal” mengenai peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan, lapor Utusan Malaysia Online Hari ini. Laporan itu […]

7:25 am - peter pang

1MDB: Projek masjid Kg Baru bukan baru

1MDB menjelaskan bahawa sumbangan RM20 juta untuk membaik pulih Masjid Jamek Kampung Baru bukanlah satu usaha yang baru dibuat. Dalam kenyataan akhbar hari ini, syarikat itu berkata dana itu dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam satu lawatan pada 5 Februari 2011. Kerja-kerja pembinaan telah bermula pada 2012 dan dijadualkan siap pada […]

7:24 am - peter pang

IGP: Tiada unsur CBT pembelian hartanah MARA

Polis mendapati tiada unsur pecah amanah (CBT) dalam pembelian sebuah apartmen oleh MARA di Australia. Oleh itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata keseluruhan siasatan akan dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). “Kami tidak nampak ada unsur CBT dalam perkara ini, jadi pihak SPRM akan jalankan siasatan sepenuhnya,” katanya kepada pemberita […]

7:24 am - peter pang

PAS, NGO Islam semakin bergeser

Almarhum Usraz Fadzil Noor sememangnya mempunyai pendekatan yang begitu terbuka dan inklusif dalam usaha membawa perjuangan Islam. Dan ini adalah antara sebab almarhum akan sentiasa dirindui ramai. Pada minggu lalu saya telah menceritakan pendekatan Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Tuan Guru Nik Aziz terhadap masyarakat umum dan parti pembangkang lain. Pendekatan inklusif atau terbuka yang […]

7:24 am - peter pang

Pemimpin Melayu DAP ‘jemu’ politik perkauman

Beberapa pemimpin Melayu dari DAP Subang membidas kenyataan ahli akademik Profesor Dr Jayum Jawan yang dilapor bahawa penyertaan orang Melayu dalam parti itu keranan mahu memperjuangkan kepimpinan dan hak orang Melayu. Mereka menyifatkan kenyataan timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) itu sebagai “tidak tepat, semberono dan memandai-mandai”. Sebaliknya, […]

7:24 am - peter pang

VideoKini
Videokini
Terkini Archives
© 2013 PORTALKINI.NET