Samsung Galaxy S7 Dibocorkan

Samsung Galaxy S7 yang dijadualkan untuk pelancaran pada bulan Februari 2016 telah dibocorkan hujung minggu ini.

 

Samsung Galaxy S7 Dibocorkan

Gambar pertama di atas dipercayai menunjukkan sarung telefon pintar Samsung Galaxy S7 dan S7 Plus dibocorkan oleh GizmoChina. Gambar berkenaan menujukkan telefon pinta dengan butang Home yang berbentuk segiempat dan sensor kamera yang menonjol sedikit. Gambar ini menyerupai gambar janaan komputer yang dibocorkan sebelum ini oleh GSMArena.

Galaxy S7 render leak GSMArena-650-80

Selain dari itu tidak banyak perbezaan dilihat padanya berbanding model sebelum ini. Khabarnya terdapat model S7 biasa, S7 Edge dan versi Plus yang lebih besar untuk dua model tersebut. Bermakna jumlah model yang akan dikeluarkan adalah 4 model.

Satu lagi khabar yang didengar ialah telefon-telefon pintar ini akan dilengkpai pengimbas iris membolehkan pengguna membuka kekunci telefon pintar dengan hanya memandang padanya. Ia bukan suatu yang baharu, namun Samsung tidak mahu ketinggalan dengan teknologi keselamatan sebegini.

Walaubagaimanapun, khabar berkenaan disampaikan oleh sebuah laman web teknologi tidak ternama dari Poland, jadi kesahihannya diragukan. Dikhabarkan juga harga jualannya lebih tinggi berbanding Galaxy S6, tetapi kita perlu tunggu dan lihat untuk mengetahui kebenarannya.

Dijangkakan telefon pintar Samsung Galaxy S7 akan dilancarkan sebelum acara Mobile World Congress yang akan berlangsung pada 22 Februari. Terdapat cakap-cakap mengenai skrin 4K, penyejukan cecair dan pemproses terbaharu Snapdragon 820 akan dilengkapkan padanya, menjadikan ia salah sebuah telefon pintar dinantikan.

Artikel disiar pada January 3, 2016 - 7:12 am oleh peter pang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

VideoKini
Videokini
Terkini Archives
© 2013 PORTALKINI.NET