Arkib untuk February, 2016

Harga RON95 turun 15 sen seliter

Harga minyak bagi RON95 turun sebanyak 15 sen kepada RM1.60 seliter berbanding RM1.75 seliter sebelum ini. Manakala harga jualan bagi RON97 turun sebanyak 10 sen kepada RM1.95 seliter daripada RM2.05 seliter. Menurut penguasa minyak, harga ini akan berkuatkuasa selepas tengah malam ini. Bagaimanapun harga untuk diesel kekal tidak berubah iaitu RM1.35 seliter.

February 29, 2016 9:11 pm - peter pang

Dr M enggan mohon maaf keadaan politik hari ini

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad enggan memohon maaf berhubung dakawan beliau bertanggungjawab menyebabakan krisis politik hari ini yang membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. “Bagi tahu apa yang saya lakukan,” kata Mahathir sambil menafikan kritikan bahawa dirinya yang menyebabkan badan kehakiman menjadi lesu. “Saya tolak dakwaan yang saya melemahkan badan kehakiman. “Badan […]

9:09 pm - peter pang

Mahathir: Umno perlu digulingkan, tetapi …

Umno perlu digulingkan daripada kuasa jika terus menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. “Parti itu perlu digulingkan. “Tetapi pembangkang tidak mempunyai majoriti,” kata Mahathir ketika ditanya sama ada Umno perlu disingkirkan. Mahathir juga menolak sebarang harapan mengenai usul undi tidak percaya terhadap Najib kerana katanya, ahli […]

9:05 pm - peter pang

Mahathir keluar Umno: Najib, Pak Lah hanya senyum

 Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan perdana menteri semasa, Datuk Seri Najib Razak tersenyum apabila dminta mengulas bahawa Tun Dr Mahathoir Mohamad mengisytiharkan dirinya bukan lagi ahli Umno. Najib, selepas menghadiri majlis pelancaran buku autobiografinya bertajuk “Najib Razak – 40 Tahun, 40 Gambar” di di Kuala Lumpur enggan mengulas dan mengelakkan dirinya daripada […]

9:05 pm - peter pang

‘Tiada lagi tangisan Umno untukmu, Tun’

Ramai bersedih dengan langkah drastik Tun Dr Mahathir Mohamad keluar Umno pada 2008, ketika beliau memprotes pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi lapan tahun lalu. Bagaimanapun, kata MYKMU, web pendukung Datuk Seri Najib Razak, keadaan berbeza akan berlaku kali ini. “Tiada lagi tangisan Umno untukmu, Tun Mahathir, seperti mana 2008. “Pisang tidak berbuah dua kali,” menurut […]

9:04 pm - peter pang

Mahathir, Siti Hasmah keluar Umno dalam protes

 Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan keluar Umno buat kali kedua sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata membuat keputusan itu kerana Umno bukan lagi Umno dan hanya menjadi parti untuk mempertahankan Najib sebagai presidennya. “Saya tidak boleh jadi anggota untuk parti sebegini,” katanya dalam sidang media di di […]

9:03 pm - peter pang

Mahathir harap Muhyiddin juga keluar Umno

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengikuti jejak langkahnya dan meninggalkan parti itu. “Saya harap begitu,” kata Mahathir ketika ditanya sama ada Muhyiddin patut meninggalkan Umno sebagai bantahan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Menurut Mahathir, beliau akan berada di luar Umno selagi Najib […]

9:03 pm - peter pang

Khairuddin juga keluar parti, ibarat Umno di alam barzakh

Mengikuti jejak langkah Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas pemimpin Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan juga memutuskan untuk keluar Umno hari ini. Namun alasannya lebih mengerikan dengan mendakwa Umno ibarat mayat. “Bagi saya Umno sudah tidak relevan lagi. Umno sudah dimandikan jenazah. “Umno sudah dikafankan. Umno sudah dimasukkan ke dalam liang lahat […]

9:02 pm - peter pang

Bashah yakin langkah Dr M tak jejas BN di Kedah

 Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yakin dapat mengekalkan momentum Umno negeri itu, susulan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar parti. Ahmad Bashah yang juga pengerusi Umno Kedah berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman langkah protes Dr Mahathir pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu. “Anggota parti Umno lebih taat pada […]

9:01 pm - peter pang

Portal The Rakyat Post ditutup

Kelembapan ekonomi dan kemerosotan pendapatan dikatakan menjadi faktor utama penutupan media dalam talian. Terbaru, portal berita The Rakyat Post mengumumkan akan menghentikan operasi mereka bermula hari ini sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak. Dalam kenyataan di laman Facebook portal berita itu, pihak pengurusan mengumumkan penutupan operasi mereka selepas mengadakan pertemuan dengan kakitangannya hari ini. […]

8:52 pm - peter pang

VideoKini
Videokini
Terkini Archives
© 2013 PORTALKINI.NET