Microsoft Melancarkan Lumia 650

Tidak lama dahulu kami telah mendedahkan bahawa Microsoft merancang untuk melancarkan Lumia 650, yang juga dikatakan telefon pintar Lumia terakhir keluarannya dan kini Microsoft telahpun melancarkan telefon pintar tersebut secara rasmi.

Lumia-650-650-80

Microsoft Melancarkan Lumia 650

Microsoft telah secara rasmi melancarkan telefon pintar Lumia terbaharunya, dan mungkin yang terakhir keluarannya, Lumia 650. Jelas sekali tarikan utama telefon pintar ini ialah ia dilengkapi Windows 10 Mobile. Ia adalah antara 4 buah telefon pintar Lumia yang dilengkapi Windows 10 Mobile selain Lumia 950, Lumia 950 XL dan Lumia 550.

Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi skrin 5 inci 720p, 16GB ruang storan dalaman dengan sokongan kad Micros SD sehingga 200GB dan bateri 2000mAh, kurang dari Lumia 640 yang mempunyai bateri berkapasiti 2,500 mAh. Dari segi pemproses, ia dilengkapi Qualcomm Snapdragon 212 yang menyokong rangkaian 4G LTE dan juga 1GB RAM. Ia juga dilengkapi kamera hadapan 5MP dengan lensa sudut luas serta kamera utama 8MP.

Microsoft-Lumia-650-970-80

Malangnya, ia tidak menyokong fungsi Continuum yang merupakan fungsi utama Windows 10 Mobile yang diminati pengguna. Fungsi ini membolehkan pengguna menyambungkan keyboard, mouse dan monitor kepada telefon pintar ini untuk menjadikannya sebuah PC mudahalih. Jelas sekali spesifikasi tahap sederhananya telah membataskan kebolehannya menyokong Continuum.

Tetapi apa yang menarik mengenainya adalah ia dilengkapi kerangka tepi yang diperbuat daripada logam, memberikan penampilan premium. Tambahan pula ketebalannya hanya 6.9mm dan beratnya hanya 122g menjadikannya sebuah telefon pintar yang boleh dibanggakan pemiliknya.

Telefon pintar ini disasarkan kepada golongan korporat dan akan mula dijual di pasaran Eropah tertentu mulai 18 Februari pada harga USD 199 namun tidak dapat dipastikan samada ia akan memasuki pasaran dunia yang lain.

Artikel disiar pada February 17, 2016 - 10:14 pm oleh peter pang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

VideoKini
Videokini
Terkini Archives
© 2013 PORTALKINI.NET