Ibu mentua Azmin meninggal dunia

Ibu mentua Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali, Siti Rahmah Ismail, meninggal dunia di Hospital Gleanegles Ampang pada jam 4.25 petang tadi.

Setiausaha politik Azmin, Shuhaimi Shafiei berkata solat jenazah dijangka diadakan di Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang selepas solat Isyak sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Klang Gate, Hulu Kelang.

“Didoakan semoga almarhumah Hajjah Siti Rahmah binti Ismail dicucuri rahmat dan maghfirah Allah SWT serta mendapat husnul khatimah iaitu pengakhiran yang baik dan ditempatkan di dalam syurga yang penuh nikmat,” katanya.

Artikel disiar pada July 25, 2017 - 8:46 pm oleh peter pang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

VideoKini
Videokini
Terkini Archives
© 2013 PORTALKINI.NET