Ketua PKR Kelantan: Semua lantikan politik dikekalkan

PKR hari ini mengesahkan bahawa semua lantikan politik parti itu di Kelantan akan mengekalkan jawatan masing-masing atas alasan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob sebelum ini berkata bahawa kerajaan negeri pimpinan PAS masih memerlukan kerjasama PKR.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan Abdul Aziz Abd Kadir berkata biro politik pusat parti yang bermesyuarat malam tadi juga bersetuju untuk mengekalkannya kedudukannya.

“Saya dan wakil Majlis Pimpinan Negeri Kelantan (MPN) termasuk Ketua Angkatan Muda dan Ketua Wanita telah hadir dalam Mesyuarat Biro Politik Pusat pada 15 Ogos.

“Biro Politik telah dimaklumkan dan diberikan penjelasan mengenai senario politik semasa di negeri Kelantan,” kata Abdul Aziz.

Berdasarkan penjelasan yang diberikan, Abdul Aziz berkata biro politik pusat PKR yang diketuai oleh presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kemudian membuat keputusan mengenai kedua-dua perkara tersebut.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada YB Presiden PKR dan Biro Politik Pusat yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk terus memimpin MPN Negeri Kelantan.

“Saya bersama MPN Negeri Kelantan akan terus komited untuk memperkukuh kedudukan KEADILAN di Negeri Kelantan khususnya dalam menghadapi PRU-14,” katanya.

Biro Politik PKR pada 16 Mei lalu memberi arahan kepada PKR Kelantan supaya meletakkan jawatan yang diperolehi melalui lantikan politik ekoran berakhirnya kerjasama antara parti itu dengan PAS.

Wan Azizah ketika itu memberi mereka sehingga akhir bulan Julai untuk melepaskan jawatan tetapi tiada seorang pun menyerahkan surat peletakan jawatan mereka sehingga hari ini.

Wan Azizah kemudian menjelaskan bahawa anggota parti itu yang dilantik kerajaan negeri belum melepaskan jawatan kerana menunggu tunggakan bayaran yang sepatutnya dijelaskan Kelantan.

Walau bagaimanapun, PAS menafikan dakwaan kononnya kerajaan negeri Kelantan tidak menjelaskan tunggakan bayaran yang diperuntukkan kepada pegawai lantikan politik melibatkan sebanyak 75 wakil PKR itu.
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/392133#r3hDTtQ7Qxm556qo.99

Artikel disiar pada August 16, 2017 - 8:42 pm oleh peter pang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

VideoKini
Videokini
Terkini Archives
© 2013 PORTALKINI.NET