Rafizi: Dasar, inisiatif PM tidak berkesan

Dasar dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal meningkatkan sentimen pengundi berhubung ekonomi negara, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli selepas mendedahkan tinjauan yang dibuat oleh Invoke Centre for Initiative Policy (Invoke-CPI).

Rafizi yang mengasaskan firma penyelidikan itu, berkata tinjauan mendapati kebanyakan responden pesimis mengenai ekonomi negara.

image: https://i.malaysiakini.com/1143/0cd38e98434a8d57efa5caf6749670ef.jpeg

“Apa yang kami dapati, pengumuman demi pengumuman nampaknya tidak berjaya mengalih pandangan di peringkat akar umbi.”Ia tidak menaikkan sentimen, mereka gagal,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Keputusan kaji selidik itu mendapati bahawa 78 peratus daripada responden berbangsa India berpendapat keadaan kewangan keluarga mereka lebih buruk sekarang berbanding empat tahun lalu.

Perangkaan itu jauh lebih tinggi daripada responden Melayu dan Cina, di mana hanya 61 dan 66 peratus masing-masing memberikan tindak balas kepada soalan yang sama.

Ini menunjukkan bahawa Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia yang dilancarkan oleh Najib pada April tahun ini, tidak banyak memberi kesan kepada pengundi bangsa itu, kata Rafizi.

Tinjauan Invoke-CPI mengenai sentimen pemilih melibatkan 3,783 responden dan dilaksanakan antara 10 Jun hingga 14 Julai tahun ini.

image: https://i.malaysiakini.com/1143/99cbb098886f20b516adfb17213a920b.gif

 

 

 

 

image: https://i.malaysiakini.com/1143/4585b047800ef0ae4a99554e651e66b6.gif

image: https://i.malaysiakini.com/1143/474aaef07d838f0818febae5c5cf3224.gif

image: https://i.malaysiakini.com/1143/be2edd13770024d76dd3c6c4f5858144.gif

Artikel disiar pada August 16, 2017 - 8:42 pm oleh peter pang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

VideoKini
Videokini
Terkini Archives
© 2013 PORTALKINI.NET