Berita ayah Fathul Bari meninggal palsu

Exco Pemuda Umno, Dr. Fathul Bari Mat Jahya menafikan ayahnya Datuk Mat Jahya Hussin meninggal dunia dalam kemalangan petang semalam.

Fathul berkata, ayahnya yang juga bekas Mufti Perlis tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan yang berlaku selepas solat Isyak di Masjid Arau.

“Ayahanda saya Mat Jahya bin Husin telah mengalami kemalangan selepas Isyak tadi di Masjid Arau, Perlis. Alhamdulillah, dengan izin Allah beliau selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Tujuan permakluman ini adalah untuk menafikan penyebaran berita palsu tentang kematian beliau. Ya, benar Allah berhak ke atas nyawa hamba-hambanya pada bila-bila masa, namun ia tidak bererti kita boleh menyebarkan pendustaan,” kata Fathul melalui akaun Facebooknya.

Semalam laman Facebook Perlis Info terkini mendakwa Mat Jahya meninggal dunia akibat kemalangan di masjid.

Dalam status di laman itu turut memuat naik dua keping foto sebuah kereta berwarna silver terbabas ke bawah khemah masjid.

Manakala sekeping foto lagi menunjukkan seorang lelaki memakai baju dan kopiah putih duduk di tempat pemandu dalam keadaan pintu kiri kereta tersebut terbuka.

Mat Jahya merupakan Mufti Perlis dari 1984 hingga 2006 dan digantikan dengan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Artikel disiar pada September 25, 2017 - 10:32 pm oleh peter pang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

VideoKini
Videokini
Terkini Archives
© 2013 PORTALKINI.NET