Arkib untuk October, 2017

Sabar Najib macam Nabi Ayub, usik Subky

Bekas wartawan veteran yang disegani, Subky Latif, berkata tidak pernah ada sebarang tuduhan atau sangkaan yang lebih buruk pernah dihadapkan kepada kerajaan negara ini melebihi skandal 1MDB. Kata Subky mengikut kelaziman, seseorang pemimpin negara akan bingkas melenting mempertahankan diri dan membersihkan nama kerajaan apabila dikaitkan dengan tuduhan walaupun lebih kecil berbanding isu syarikat pelaburan milik […]

October 31, 2017 9:56 pm - peter pang

‘Bertaubatlah Hadi…’

Tun Dr Mahathir akhirnya membuka mulut berhubung seruan Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar beliau bertaubat atas kesalahannya sepanjang mentadbir Malaysia. Namun, barangkali jawapan itu bukanlah jawapan yang akan disenangi Presiden PAS. “Hadi suruh saya bertaubat, sebenarnya yang mesti bertaubat adalah Hadi sendiri,” kata bekas perdana menteri itu di blognya, hari ini. Mahathir sekali lagi […]

9:55 pm - peter pang

HARAPAN janji tangkap MO1 dalam tempoh 100 hari

Pakatan Harapan (HARAPAN) sekali lagi berjanji akan menangkap “Malaysian Official 1” (MO1) dalam masa seratus hari mentadbir negara, jika menang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan itu selaras dengan usaha menjadikan Malaysia sebagai sepuluh negara paling bersih di dunia menjelang 2030 – satu lagi janji HARAPAN […]

9:55 pm - peter pang

‘Pindaan hukuman mati berdasarkan pengalaman hakim’

Peguam Negara Mohamed Apandi Ali hari ini berkata cadangan pindaan hukuman mati mandatori berkenaan Akta Dadah Berbahaya 1952 didrafkan berdasarkan pengalamannya sebagai bekas hakim. “Pindaan ini sebenarnya datang daripada saya dan saya sudah maklumkan kepada kabinet sebelum ini. Ia berdasarkan pengalaman saya sebagai hakim Mahkamah tinggi dan hakim Mahkamah Rayuan. “Hakim-hakim juga memaklumkan saya bahawa […]

9:55 pm - peter pang

Artis ‘hasut’ anak muda jadi pengundi

Menyedari ramai golongan muda belum mendaftar sebagai pengundi, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mencuba inisiatif baru iaitu menggunakan tarikan selebriti. Watan – sebuah NGO bebas – kini berkempen untuk menggalakkan orang ramai terutama golongan muda menggunakan hak masing-masing sebagai pengundi. Melalui inisiatif itu mereka mendapatkan sokongan Remy Ishak, Sasha Saidin, Fatiya Latiff, Altimet dan Daphne Iking […]

9:55 pm - peter pang

Apandi: Bukti siasatan 1MDB belum mencukupi

Siasatan pihak berkuasa terhadap 1MDB masih berjalan namun setakat ini masih kekurangan bukti, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali. Menafikan dakwaan bahawa laporan kes itu sudah ditutup, Apandi berkata kertas siasatan sentiasa dirujuk kepada Pejabat Peguam negara. “Kami menelitinya dan jika menemui kekurangan di mana-mana, kami berikan arahan supaya siasatan diteruskan,” kata Apandi […]

9:55 pm - peter pang

Nasi lemak pertaruhan ratu cantik Malaysia di Vegas

Identiti nasi lemak sebagai makanan tempatan paling sinonim dengan rakyat Malaysia tidak terhad dengan variasi dalam bentuk menu makanan unik seperti burger nasi lemak atau ais krim nasi lemak. Terbaru, ratu cantik Malaysia 2017 bakal menggayakan gaun bertema nasi lemak untuk pertandingan ratu cantik dunia di Las Vegas bulan depan. Samantha Katie James diumumkan bakal […]

9:55 pm - peter pang

Zahid: Kerajaan pantau kegiatan Zakir Naik

Penceramah agama kontroversi Zakir Naik yang disiasat di India atas dakwaan menghasut berkenaan kegiatan keganasan dan pengubahan wang haram kini berada di bawah pemerhatian kerajaan Malaysia. “Kerajaan sentiasa memantau aktiviti Zakir di negara ini dan tindakan akan diambil sekiranya dia didapati terlibat dengan kegiatan keganasan,”kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui jawapan […]

9:54 pm - peter pang

AG masih tunggu maaf Raja Petra

Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata beliau masih menunggu permohonan maaf daripada Raja Petra Kamaruddin ekoran tulisan bloger itu yang didakwa memfitnahnnya. Pada masa sama peguam negara mengulangi kata-katanya sebelum ini bahawa beliau boleh menyaman Raja Petra atas kenyataan yang diterbitkan melalui portal dikendalikan bloger terbabit. “Kamu boleh petik kata-kata saya lagi. “Kalau tak ada […]

9:54 pm - peter pang

Najib jumpa Trump untuk bergambar saja?

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Washington baru-baru ini bukanlah untuk memperjuangkan nasib orang Rohingya. Sebaliknya kata Dr Mahathir, Najib bertemu Presiden AS Donald Trump hanya untuk bergambar bersama. “Dia bukan peduli pasal itu (Rohingya). Dia cuma nak ambil gambar saja dan untuk itu sahaja dia bayar AS$20 […]

9:54 pm - peter pang

VideoKini
Videokini
Terkini Archives
© 2013 PORTALKINI.NET