Lebih 50 terbunuh dalam kejadian tembakan di Las Vegas

KEMASKINI Angka kematian dalam satu kejadian tembakan di Las Vegas diangggar lebih 50 orang manakala 100 lagi mangsa dilaporkan cedera.

Polis bagaimanapun dilapor berjaya menembak suspek, yang dikenal pasti sebagai Stephen Paddock, berusia 64 tahun dari Mesquite, Nevada.

BBC melaporkan polis juga sedang mencari teman Paddock, seorang wanita Asia bernama Marilou Danely.

Paddock dilaporkan telah melepaskan tembakan ke arah satu festival muzik yang diadakan secara terbuka dari tingkat 32 Hotel Mandalay Bay.

Dalam klip video yang dimuat naik ke dalam talian, kedengaran bunyi tembakan senjata automatik dilepaskan dan orang ramai yang panik menjerit ketakutan.

Saksi mendengar banyak tembakan berlaku di hotel – kawasan di mana pasukan polis mencari penyerang berkenaan, lapor CNN dan New York Times.

Penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran ditangguhkan sementara selepas kejadian itu, kata pihak pengurusan lapangan terbang berkenaan menerusi Twitter.

 

Artikel disiar pada October 2, 2017 - 9:37 pm oleh peter pang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

VideoKini
Videokini
Terkini Archives
© 2013 PORTALKINI.NET