PKR S’wak tolak penjelasan Masing

Di semenanjung, Datuk Seri Najib Razak didakwa mengamalkan prinsip ‘cash is king’ atau wang adalah segala-galanya seperti didakwa oleh pembangkang termasuk pemimpinnya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun di seberang laut China Selatan, pembangkang mendakwa perdana menteri itu sebagai seorang yang bakhil.

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian berkata demikian ketika menolak penjelasan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing mengenai penggunaan pesawat tentera bagi membawa 180 pemimpin komuniti dari Sarawak ke Putrajaya.

Baru berkata dakwaan Masing bahawa pesawat tentera digunakan bagi mengiktiraf peranan mereka dalam menghapuskan pemberontak komunis adalah tidak masuk akal.

Beliau menegaskan bahawa pesawat itu tidak dibina untuk keselesaan penumpang dan penerbangan mengambil masa lebih lama daripada pesawat komersil.

“Sudah tentu mereka berhak terbang dalam kelas bisnes dalam kapal terbang yang selesa. Ini sekurang-kurannya yang dapat dilakukan Masing untuk menghargai pengorbanan mereka.

“Adakah beliau (Masing) membuat ‘pengorbanan besar’ dan terbang bersama ketua-ketua kampung itu dalam pesawat tentera atau dia terbang selesa dalam pesawat komersil?” soal Baru dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel disiar pada October 2, 2017 - 9:37 pm oleh peter pang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

VideoKini
Videokini
Terkini Archives
© 2013 PORTALKINI.NET