Ratusan sambut Shafie Apdal di Kota Kinabalu

 

Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tiba di pejabat SPRM di Kota Kinabalu petang tadi, bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes penyelewengan dana awam di negeri ini.

Beliau yang hadir bersama beberapa pemimpin Warisan akan diambil keterangan berhubung siasatan penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) antara 2009 hingga 2015.

Mohd Shafie, 60, tiba di pekarangan pejabat SPRM dengan diiringi isterinya, Datin Seri Shuryani Shuaib dan ahli keluarga serta pemimpin WARISAN.

image: https://i.malaysiakini.com/1163/7f622beb796d524a37d6265faab1f9cb.jpeg

Sebelum itu, Ahli parlimen Semporna itu diberi sambutan hangat setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur, petang tadi.

Antara yang berada dilapangan terbang untuk menyambut Ahli Parlimen Semporna itu adalah Timbalan Presiden WARISAN, Darell Leiking dan Ketua Wira parti itu, Datuk Mohd Azis Jamman berserta ratusan penyokong parti berkenaan.

Mohd Shafie sebelum ini disebut antara individu yang akan dipanggil SPRM bagi membantu siasatan membabitkan projek pembangunan luar bandar di Sabah menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah antara 2009 hingga 2015, ketika beliau menerajui kementerian berkenaan.

Setakat ini, sembilan individu ditahan SPRM berhubung kes berkenaan termasuk dua adik Mohd Shafie, iaitu ahli perniagaan Hamid Apdal dan ADUN Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Apdal.

image: https://i.malaysiakini.com/1169/859811558b9b38552ea94b3d5bfeb0e0.jpeg

Antara yang ditahan ialah Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony; Ketua Wira Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman selain Ketua Pemuda Umno Tenom, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda Umno Tawau, Ariffin Kassim.Terbaru, wakil media WARISAN, Amarjit Singh ditahan hari ini di rumah keluarganya.

Mohd Shafie meninggalkan Umno selepas digantung keahlian dalam parti itu sebelum menubuhkan Parti Warisan yang berasaskan perjuangan hak Sabah, dengan disertai beberapa pemimpin pembangkang daripada DAP dan PKR.

Artikel disiar pada October 19, 2017 - 9:26 pm oleh peter pang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

VideoKini
Videokini
Terkini Archives
© 2013 PORTALKINI.NET