Johari dakwa Husni Hanadzlah mengelak

PARLIMEN |  Buat laporan polis jika yakin anak buah diliwat, kata Anggota Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, kepada bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

Bercakap kepada media di parlimen Hanipa berkata langkah membuat laporan kepada polis itu perlu bagi membolehkan kes berkenaan disiasat.

Kata Hanipa jika Ahmad Husni tidak dapat atau enggan, langkah berkenaan boleh dibuat oleh mangsa.

Sementara itu Anggota Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, mendedahkan beliau ada bertemu dengan Ahmad Husni selepas dakwaan mengenai kejadian liwat itu dibangkitkan di dalam Dewan Rakyat baru-baru ini.

Kata Johari, Ahmad Husni mendakwa beliau hanya memperkatakan kebenaran dan menegaskan anak buahnya itu telah diliwat.

Saya bertanya mengapa tak buat laporan polis, tetapi dia (Ahmad Husni) hanya mengelak dan terus keluar,” kata Johari.

Ahmad Husni membuat kenyataan itu pada 1 Nove lalu semasa membahaskan belanjawan dibentang Datuk Seri Najib Razak beberapa hari sebelumnya.

JAWI ambil kenyataan

Beliau sebelum ini menolak untuk dilantik semula sebagai menteri dalam rombakan kabinet dilakukan perdana menteri pada 27 Jun 2016.

Tindakan itu dilihat ada kaitan dengan skandal 1MDB yang dikaitkan pembangkang dengan Najib. Untuk seketika pendirian Ahmad Husni kelihatan seperti enggan bersama-sama dengan kerajaan, malah beliau pernah dipanggil ke Bukit Aman untuk diambil keterang apabila menyentuh syarikat pelaburan milik penuh kerajaan semasa berbahas di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun pada awal bulan ini kemuculan Ahmad Husni berbeza apabila beliau memberi pujian kepada Najib dan menyerang Pakatan Harapan (HARAPAN).Semasa berucap itu juga beliau mendakwa anak buahnya pernah dilihat Anwar.

Ekoran itu dua anggota parlimen Parti Amanah Negara membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) supaya menyiasat Ahmad Husni mengikut kesalahan qazaf.

Qazaf ialah perbuatan menuduh seseorang melakukan zina atau liwat.

Selain Hanipa, anggota parlimen yang membuat aduan itu ialah Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (AMANAH-Kuala Terengganu).

Aduan itu diterima JAWI mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

JAWI sudah mengambil kenyataan daripada Hanipa dan Raja Kamarul Bahrin pagi tadi.

Hanipa yang juga seorang peguam berkata, mengikut prosedur operasi standard, JAWI sepatutnya mengambil kenyataan daripada Ahmad Husni selepas ini.

Artikel disiar pada November 16, 2017 - 9:34 pm oleh peter pang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

VideoKini
Videokini
Terkini Archives
© 2013 PORTALKINI.NET