‘Jelaskan jika Najib terlibat perjanjian jual tanah Felda’

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mahu Felda menjelaskan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab dalam memberikan kuasa penuh kepada Synergy Promenade Sdn Bhd, yang ditugaskan untuk membangunkan tanah utama yang dimiliki oleh agensi persekutuan itu.

Syarikat itu dilapor diberi kuasa untuk menukar hakmilik tanah utama, yang terletak di Jalan Semarak di Kuala Lumpur, dari Felda, sehingga menimbulkan kebimbangan bahawa kerajaan akan kehilangan aset berkenaan.

Dalam satu kenyataan, Rafizi merujuk kepada Seksyen 3 Akta Pembangunan Tanah 1956, yang berkaitan dengan Felda.

Khususnya, ahli parlimen PKR itu berkata Seksyen 3 (3) (c) dan Seksyen 3 (3) (ca) memerlukan Felda mendapatkan kelulusan daripada menteri yang bertanggungjawab untuk memasuki apa-apa perjanjian dengan pemaju, termasuklah projek usaha sama.

Felda diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Perjanjian yang memberi kuasa kepada pemaju untuk menukar hakmilik tanah dengan sendirinya terbatal jika pihak yang menandatangani bagi pihak Felda sebenarnya tidak ada kuasa untuk berbuat demikian;

“Jika perjanjian itu terbatal, maka tidak timbul hakmilik tanah ditukar dari Felda kepada pemaju (walaupun pemaju ada kuasa berbuat demikian mengikut perjanjian) kerana penukaran hakmilik itu tidak dibuat secara sah (kuasa melalui ‘power of attorney’ yang diberikan oleh perjanjian adalah tidak sah),” katanya.

Justeru, Rafizi berkata Pengerusi Felda Tan Sri Sharir Abdul Samad perlu menjelaskan sama ada Najib adalah pihak yang diberikan kuasa untuk meluluskan perjanjian itu.

“Sebab itu saya agak khuatir apabila sehingga kini perkara ini tidak diulas langsung oleh Shahrir – iaitu sama ada perjanjian itu sah atau tidak di sisi undang-undang,” katanya.

Jika tidak, Rafizi, yang juga Ahli Parlimen Pandan, berkata Felda hendaklah mengumumkan secara terbuka perjanjian yang memberi kuasa kepada pemaju tersebut sebagai batal dan tidak sah.

Beliau menambah bahawa perkara ini juga harus dilteliti oleh sebuah firma juruaudit bebas yang dilantik untuk menjalankan audit forensik terhadap perkara itu.

Artikel disiar pada January 9, 2018 - 11:42 am oleh peter pang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

VideoKini
Videokini
Terkini Archives
© 2013 PORTALKINI.NET