Kajian: Perjuangan sukar bagi BERSATU, AMANAH

Firma penyelidikan media sosial Politweet.Org menggambarkan keadaan sukar bagi parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Berdasarkan penemuannya, Politweet berkata kedua-dua parti itu bertanding di kerusi yang sukar.

“Dengan PAS memecahkan undi, tidak banyak kerusi akan dimenangi oleh BERSATU dan AMANAH,” kata firma tersebut.

BERSATU, yang disebut-sebut sebagai parti alternatif kepada Umno, akan bertanding di 52 kerusi Parlimen di Semenanjung.

Manakala AMANAH yang merupakan parti serpihan PAS, akan meletakkan calonnya di 27 kerusi Parlimen seluruh negara.

Artikel disiar pada January 16, 2018 - 4:13 pm oleh peter pang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

VideoKini
Videokini
Terkini Archives
© 2013 PORTALKINI.NET