PAS ‘angan-angan Mat Jenin’ mahu bentuk k’jaan, kata Dr M

Hasrat PAS untuk bertanding 130 kerusi Parlimen dan membentuk kerajaan majoriti mudah adalah “angan-angan Mat Jenin,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ini angan-angan Mat Jenin (hasrat orang bodoh),” kata Mahathir pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Apabila ditanya mengenai perkara sama sekali lagi, bekas perdana menteri itu menjawab: “Hebat”.

“Saya fikir dalam sejarah PAS, mereka selalu memerintah negara, mereka telah membentuk kerajaan,” katanya.

Mahathir berkata PAS bebas bertanding 130 kerusi, sambil mendakwa parti itu hanya mahu memecahkan undi pembangkang supaya BN boleh memenangi pilihan raya akan datang.

Presiden PAS Datuk Seri abdul Hadi pada perhimpunan Fastaqim 2.4 di Shah Alam pada Ahad lalu mengumumkan hasrat parti itu untuk membentuk kerajaan akan datang.

Katanya, PAS akan bertanding dalam PRU14 sebagai kuasa ketiga, walaupun pihak lawan mendakwa mereka bersekongkol dengan parti pemerintah BN.

Sementara itu, sama ada PAS harus kekal dalam kerajaan negeri Selangor, Mahathir berkata mereka seharusnya berundur.

“Tetapi saya faham mengapa mereka tidak (mahu undur), mereka sangat selesa, mereka mendapat wang,” katanya merujuk kepada elaun dan gaji yang diperoleh oleh exco kerajaan negeri.

Kehadiran PAS di kerajaan negeri Selangor sering menjadi sumber perbalahan.

Walaupun parti itu memutuskan hubungan tahaluf siyasi mereka dengan PKR pada tahun 2017, PAS terus menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata tindakan itu adalah demi meneruskan mandat yang diberikan oleh rakyat pada tahun 2013.

Artikel disiar pada January 23, 2018 - 8:33 pm oleh peter pang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

VideoKini
Videokini
Terkini Archives
© 2013 PORTALKINI.NET