Portal Umno: ‘Babi haram sama macam rumah Mahathir’

Sebuah portal pro-Umno mendakwa bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad hanya mengeluarkan RM1 untuk membeli rumah mewahnya di kawasan kejiranan The Mines, Seri Kembangan.

“Sebelum Mahathir mempertikaikan halal haram babi dan haji tajaan 1MDB, Mahathir perlu sedar rumah mewah beliau di The Mines yang dibeli dengan nilai RM 1 itu adalah haram.

“Di mana logik seorang perdana menteri beli rumah mewah dengan harga RM 1 tanpa sebarang balasan rasuah?” soal portal Mykmu.net.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan dakwaan itu dan telah menghubungi bekas pembantunya untuk mendapatkan penjelasan.

Pengasas dan Pengerusi The Mines Resort Bhd dan Country Heights Holdings Bhd Tan Sri Lee Kim Yew memang dikenali sebagai rakan rapat Mahathir.

Mei lalu, bekas perdana menteri membidas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana menyiasat meneliti Lee dan mendakwa bahawa rakan-rakannya sengaja dijadikan sasaran.

Mykmu bertindak balas terhadap blog Dr Mahathir pagi ini, di mana beliau mengemukakan beberapa soalan mengenai apa yang dibenarkan dan dilarang oleh Islam.

Bekas perdana menteri itu menyoal sama ada seekor babi jika babi disembelih dengan menyebut nama Tuhan, haram lagikah daging babi itu?

Dr Mahathir, dalam rujukan yang jelas mengenai penajaan Haji oleh syarikat pelaburan negara, 1MDB, turut mempersoalkan penggunaan dana yang didakwanya diseleweng untuk menunaikan umrah dan rukun Islam yang kelima itu.

Mykmu, dalam artikelnya yang bertajuk “Babi haram sama macam rumah Mahathir” berkata bekas perdana menteri itu tidak menjawab persoalan sama ada “duit 1MDB dicuri atau 1MDB mencuri duit?”

“Selama bertahun-tahun Mahathir membawa usul wang 1MDB dicuri. Namun apabila berkaitan pembiayaan jemaah Haji ke Makkah oleh Yayasan 1MDB, beliau mendakwa ia hasil kerja haram 1MDB mencuri wang,” katanya.

Mengenai catatannya mengenai daging babi, portal itu mendakwa bahawa sebagai pemimpin Islam, Dr Mahathir tidak sepatutnya mempermainkan hukum agama.

“Mustahil selepas 92 tahun Mahathir hidup beliau tidak tahu pengharaman memakan babi bukan kerana soalan sembelihan.

“Sudah tentu Mahathir dan penyokongnya akan mempertahankan ia sebagai penulisan bersifat sarkastik.

“Namun apakah wajar untuk seorang lelaki muslim seperti Mahathir mempermainkan hukum Allah dengan pertanyaan seperti itu,” katanya.

Artikel disiar pada January 23, 2018 - 8:33 pm oleh peter pang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

VideoKini
Videokini
Terkini Archives
© 2013 PORTALKINI.NET