Dakwaan RPK mengarut, kata Rafidah

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz menyifatkan dakawaan yang dibuat terhadapnya oleh blogger Raja Petra Kamaruddin dalam satu artikel di blog Malaysia Today sebagai mengarut.

Dalam hantaran di Facebook, Rafidah menggesa Raja Petra supaya berhenti daripada mengalihkan tumpuan daripada isu-isu yang dibangkitkannya, termasuk dakwaan pihak berkuasa Malaysia gagal bertindak dalam skandal 1MDB.

“Buruan pihak berkuasa yang sering bertukar haluan dan berpusat di Britain ini memang kelakar.

“Kandungan artikel terbarunya tentang saya, sangat melucukan. Saya tertanya-tanya berapa banyak dia dibayar (dalam pound British?) …” katanya.

Dalam hantarannya, Rafidah secara sinis menempelak dakwaan Raja Petra terhadapnya dan pada masa yang sama menunjukkan bagaimana beliau mengubah cerita selama bertahun-tahun, termasuk kandungan akuan bersumpahnya mengenai pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

“Beri dia dedak yang mencukupi, dia akan menari ikut rentak sebarang lagu… Lihat saja akuan bersumpahnya yang menghereta wanita pertama dalam pembunuhan Altantunya… Berani dia buat tuduhan seperti itu,” kata Rafidah yang berkongsi pautan Raja Petra sendiri yang memaparkan akuan bersumpah yang dibuat pada 2008 sebelum beliau melarikan diri ke UK.

Namun dalam wawancara dengan TV3 pada tahun 2011, Raja Petra menafikan sebarang tanggungjawab berhubung tuduhannya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan Altantuya.

Sementara itu, Rafidah juga membidas Najib sebagai mengulas sindiran terhadap dakwaan Raja Petra tentang bahawa dirinya mengaut sejumlah RM8 bilion sepanjang 21 tahun sebagai menteri perdagangan dan industri antarabangsa.

“Kekayaan RM8 bilion? Mungkin…”

“Mungkin keluarganya menderma kepada saya? (Oh, maaf … cerita ‘derm’ sudah digunakan oleh orang lain),” katanya yang dipercayai merujuk kepada skandal derma RM2.6 bilion yang diterima oleh Najib.

“Saya ‘pemilik sebenar’ AirAsia (Maaf, Tony dan Din…, tolong ketepi, ini pemilik sebenar…),” kata Rafidah, yang adalah pengerusi AirAsia X yang merujuk kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia dan pengerusinya, Kamarudin Meranun.

Sebelum ini, Raja Petra mendakwa bahawa Rafidah telah menyalurkan beberapa bilion ringgit daripada “keuntungan yang tidak sah” melalui AirAsia.

“Lain kali, jangan terkejut, jika Encik U-turn ini kata, ‘semua hutang negara telah dibayar daripada sumbangan beberapa kawan kaya…” kata Rafidah, yang mengakhiri tulisannya dengan mendesak Raja Petra supaya bertaubat.

Artikel disiar pada March 14, 2018 - 4:10 pm oleh peter pang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

VideoKini
Videokini
Terkini Archives
© 2013 PORTALKINI.NET