Wakil DAP perlu mohon maaf daripada Pandikar atau…

Tiga ahli parlimen DAP dimaklumkan supaya memohon maaf kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana menuntutnya meletak jawatan susulan tidak membenarkan usul segera yang difailkan berhubung rampasan kapal layar mewah milik ahli perniagaan Jho Low dan soalan berkaitan 1MDB.

Pandikar, dalam satu surat kepada Ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar, Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Khoo Ham, dan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming, berkata kata-kata mereka itu satu bentuk penghinaan kepada Dewan Rakyat.

“Justeru, saya memberi peluang kepada Yang Berhormat untuk memohon maaf secara terbuka di dalam Dewan atas tuduhan yang dibuat terhadap speaker.

“Kegagalan Yang Berhormat untuk meminta maaf akan menyebabkan tindakan tegas diambil terhadap Yang Berhormat,” kata speaker itu.

Surat amaran itu susulan kenyataan bersama oleh ketiga-tiga wakil rakyat DAP itu, minggu lalu.

Pandikar dilaporkan tersinggung dengan kenyataan mereka bahawa speaker tidak sepatutnya menjadi “sekutu untuk menutup skandal rasuah” dan “Sebagai speaker, Pandikar gagal menegakkan kebenaran, justeru, perkara paling mulia untuk dilakukannya adalah meletakkan jawatan.”

Artikel disiar pada March 14, 2018 - 4:14 pm oleh peter pang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

VideoKini
Videokini
Terkini Archives
© 2013 PORTALKINI.NET